Rabu, 14 November 2012

Golongan Kata: Kata Hubung

KATA HUBUNG

  • Kata hubung ialah perkataa yang digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan atau frasa dengan frasa untuk membentuk ayat majmuk. 
  • Contoh kata hubung: atau, serta, dan, tetapi, sambil, kerana, malahan, lalu, kemudian, sejak, dan sebagainya. 
  • Kata hubung terbahagi kepada tija jenis, iaitu:

1. Kata hubung gabungan
  • Jenis kata yang digunakan untuk menghubungkan perkataan, frasa dan klausa dalam ayat. 
  • Ayat contoh: Zamri tidak dapatt membuat kuih itu sedangkan saya telah mengajarnya sebelum ini.
2. Kata hubung pancangan
  • Kata yang menyambungkan klausa-klausa tidak setara [ada klausa utama atau klausa induk. 
  • Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
  1. kata hubung pancangan relatif: yang
  2. kata hubung pancangan kompleman: bahawa, untuk 
  3. kata hubung pancangan keterangan: kerana
3. Kata hubung berpasangan
  • kata hubung yang hadir berpasangan dalam suatu ayat majmuk. 
  • Contoh: bagaimana...begitulah, sama ada...ataupun, sungguhpun...tetapi
* Kesalahan Umum Tatabahasa
  1. Perkataan bila digunakan untuk bertanyakan masa.
  2. Apabila ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih. Oleh itu, kata hubung apabila tidak boleh dipendekkan menjadi bila
  • Malisa berdiri bila apabila namana dipanggil oleh Cikgu Maisarah. 

Golongan Kata: Kata Sendi Nama

KATA SENDI NAMA

  • Kata sendi nama ialah kata tugas yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama. 
  • Kata sendi nama berfungsi sebagai sendi atau penyambung antara frasa-frasa yang lain dalam ayat. 
  • Antara contoh kata sendi nama adalah sepeti berikut:
  1. daripada - digunakan utnuk menunjukkan asal kejadian atau punca.
  2. dari - digunakan untuk menunjukkan arah dan tempat yang dituju. 
  3. di - digunakan untuk menunjukkan tempat.
  4. ke - digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang dituju.
  5. pada - digunakan untuk menerangkan masa
  6. bagi/untuk - digunakan untuk menunjukkan maksud waktu yang tertentu. 
  7. tentang - digunakan untuk menunjukkan maksud berkenaan dengan hal yang dibicarakan. 
* Kesalahan Umum Tatabahasa
1. Kata adjektif yang bersifat emosi mesti diikuti dengan kata sendi nama akan dan bukan imbuhan -kan.
  • Saya sayang sayangkan akan keluarga saya.
2. Kata sendi nama demi bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa sendi nama. Oleh sebab perkataan demi sudah membawa maksud tujuan, maka penggunaan kata sendi nama demi untuk dalam ayat dianggap lewah. 
  • Perajurit itu rela berkorban demi untuk demi/untuk tanah air tercinta.

Golongan Kata: Kata Ganda

KATA GANDA 
Penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar melalui tiga cara, iaitu penggandaan seluruh atau penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.

1. Penggandaan penuh: Terbetuk dengan mengulangi keseluruhan kata dasar atau kata berimbuhan.
                                    Contoh: bunga-bunga, rama-rama

2. Penggandaan separa: Terbentuk dengan menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
                                     Contoh: dedau, jejari, rerama, tetikus

3. Penggandaan berentak: Proses penggandaan yang mengulangi kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
                                         Contoh: awam-gemawan, rempah-ratus, mandi manda

* Kesalahan Umum Tatabahasa
1. Kata nama yang didahului kata bilangan yang menunjukkan maksud jamak tidak perlu digandakan lagi.

  •     Semua murid-murid murid akan bercuti sekolah pada minggu hadapan. 


2. Jika kata adjektif telah digandakan, maka kata nama tidak perlu digandakan lagi untuk menunjukkan maksud jamak dan begitulah sebaliknya.

  • Pesilat-pesilat Pesilat yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu handal-handal belaka.
  • Pesilat-pesilat yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu handal-handal handal belaka.

Golongan Kata: Kata Adjektif

KATA ADJEKTIF
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:

  1. sifat/keadaan: baik, sihat
  2. warna: kuning, merah
  3. ukuran: kerdil, luas, sempit
  4. bentuk: bujur, leper, lonjong
  5. pancaidera: manis(rasa), cantik(pandang), wang(bau), lembut(sentuh), lunak(dengar)
  6. waktu: lama, awal, akhir
  7. cara: deras, gopoh, jarang
  8. perasaan: rindu, sayang
  9. jarak: dekat, jauh
  • Kata adjektif boleh disertakan oleh kata keterangan yang terdiri daripada kata bantu atau kata penguat seperti kata amat, paling, sangat, sungguh, sekali, dan sebagainya. 
  • Contohnya seperti: masih ingat, sungguh enak. 
* Kesalahan Umum Tatabahasa
Binaan ter- + kata adjektif tidak boleh diikuti perkataan sekali. Begitu juga binaan paling + kata adjektif tidak boleh diikuti perkataan sekali sebab binaan ter-, paling, dan sekali membawa maksud penghabisan. 
Contoh: 
  1. Chalet Seri Lembayung itu paling cantik sekali di Tasik Kenyir. (salah)
  2. Chalet Seri Lembayung itu paling cantilk di Tasik Kenyir. (betul)

Golongan Kata: Kata Kerja

KATA KERJA

  • Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuaan yang dilakukan oleh seseorang. 
  • Kata kerja dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
          1. Kata kerja transitif
          2. Kata kerja tak transitif
          3. Kata kerja pasif

Kata Kerja Transitif

  • Kata kerja transitif yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat terhadap pihak, benda, atau orang lain isitu subjek/pembuat dan objek/penyambut dan dapat menjawab soalan apa dan siapa.
  • Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. 
  • Ayat contoh:
          1. Ayah membasuh keretanya yang kotor itu.
          2. Adik sedang membaca buku cerita di ruang tamu.

Kata Kerja Tak Transitif

  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya dan boleh berdiri sendiri.
  • Ayat contoh:
          1. Lampu jalan itu tidak menyala.
          2. Ayah berehat di bawah pokok yang rendang.

Kata Kerja Pasif

  • Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi tidak berawalan meN-, contohnya, tanami, atasi, belikan, dan sebagainya. 
  • Kata kerja pasif berawalan teR- seperti terbeli, terikat, dan terpijak. 
  • Kata kerja pasif berimbuhan ke-...-an yang bermaksud kena seperti kehujanan, ketinggalan, dan kecurian. 
* Kesalahan Umum Tatabahasa
Dalam kata kerja transitif, objek mesti diletakkan selepas kata kerja transitif dan tidak boleh disisipkan dengan perlataan yang lain. Contohnya, 
  1. Mei Mei menyusun dengan rapi novel-novel lamanya di dalam almari. (Salah)
  2. Mei Mei menyusun novel-novel lamanya dengan rapi di dalam almari. (Betul)

Golongan Kata: Kata Ganti Nama

A. KATA GANTI NAMA DIRI
  • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. 
  • Kata ganti nama diri boleh dikelompokkan dalam dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamal. 
  • Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
          a) Kata Ganti Diri Pertama - aku, saya, patik, hamba
          b) Kata Ganti Diri Kedua - awak, engkau, tuan hamba, kamu, saudara, tuan
          c) Kata Ganti Diri Ketiga: ia, dia, beliau, baginda, mereka

* Kesalahan Umum Tatabahasa

          1. Kata ganti nama diri beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati.
              Contoh: Beliau akan mengait buah rambutan di kebunya pada petang ini. (salah -
                              sepatutnya 'dia')
                           Beliau akan menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat keputusan
                           yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
           2. Semua kata ganti nama diri tidak boleh digandakan.
               Contoh: Mereka-mereka akan mengikuti perkhemahan kali ini. (salah- sepatutnya
                                mereka)
                               Mereka akan mengikuti perkhemahan kali ini.



B. KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

  • Terhasil daripada singkatan bentuk penuh, iaitu aku(ku), kamu(mu), engkau(kau), ia/dia(nya)
  • Ditulis serangkai dengan kata lain yang mendampinginya.  
          (a) Adakah buku itu kaupinjam semalam?
          (b) Yang manakah kakakmu?


C. KATA GANTI NAMA TANYA

  • Kata ganti nama tanya digunakan untuk membina ayat tanya. 
  • Ada tujuh kata ganti nama tanya, contoh: apa, mana, siapa, bila, berapa, mengapa, dan bagaimana. 

D. KATA GANTI NAMA TEMPAT
  • Digunakan untuk menggantikan anma tempat atau kedudukan sesuatu tempat atau arah. 
  • Ada tiga kata ganti nama tempat, iaitu sana, sini, dan situ. 

E. KATA GANTI NAMA TUNJUK
  • Kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, tempat, manusia, atau binatang. 
  • Ada dua jenis kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. 
          (a) ini - merujuk kepada sesuatu objek yang dekat. 
          (b) itu - merujuk kepada objek yang jauh. 


                           

Golongan Kata: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Perkataan yang menamakan orang, tempat, benda, atau konsep dikenali sebagai kata nama.
Kata nama dapat dikelompokkan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Kata nama am
(b) Kata nama khas

KATA NAMA AM

  • Kata nama am ialah perkataan yang menunjukkan orang, benda, tempat, binatang, perkara atau konsep secara umum sifatnya. 
  • Contoh:
          a. Orang: guru, polis, doktor
          b. Haiwan: : ikan, singa, harimau
          c. Benda: buku, komputer, telefon bimbit
          d. Tempat: pulau, gerai, kedai

  • Huruf pertama pada setiap kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat. 

KATA NAMA KHAS
  • Kata nama khas ialah perkataan yang kerujuk kepada nama orang, haiwan, benda, tempat, bahasa, pangkat dan seumpamanya secara khusus. 
  • Contoh: 
          a. Orang: Cik Fatimah, Doktor Lee
          b. Haiwan: Raja Rimba, Si Tompok, Sang Kancil
          c. Benda: Kamus Dewan. Tatabahasa Dewan
          d. Tempat: Putrajaya, Malaysia, Tasik Kenyir
  • Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.