Rabu, 14 November 2012

Golongan Kata: Kata Ganti Nama

A. KATA GANTI NAMA DIRI
  • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. 
  • Kata ganti nama diri boleh dikelompokkan dalam dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamal. 
  • Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
          a) Kata Ganti Diri Pertama - aku, saya, patik, hamba
          b) Kata Ganti Diri Kedua - awak, engkau, tuan hamba, kamu, saudara, tuan
          c) Kata Ganti Diri Ketiga: ia, dia, beliau, baginda, mereka

* Kesalahan Umum Tatabahasa

          1. Kata ganti nama diri beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati.
              Contoh: Beliau akan mengait buah rambutan di kebunya pada petang ini. (salah -
                              sepatutnya 'dia')
                           Beliau akan menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat keputusan
                           yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
           2. Semua kata ganti nama diri tidak boleh digandakan.
               Contoh: Mereka-mereka akan mengikuti perkhemahan kali ini. (salah- sepatutnya
                                mereka)
                               Mereka akan mengikuti perkhemahan kali ini.



B. KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

  • Terhasil daripada singkatan bentuk penuh, iaitu aku(ku), kamu(mu), engkau(kau), ia/dia(nya)
  • Ditulis serangkai dengan kata lain yang mendampinginya.  
          (a) Adakah buku itu kaupinjam semalam?
          (b) Yang manakah kakakmu?


C. KATA GANTI NAMA TANYA

  • Kata ganti nama tanya digunakan untuk membina ayat tanya. 
  • Ada tujuh kata ganti nama tanya, contoh: apa, mana, siapa, bila, berapa, mengapa, dan bagaimana. 

D. KATA GANTI NAMA TEMPAT
  • Digunakan untuk menggantikan anma tempat atau kedudukan sesuatu tempat atau arah. 
  • Ada tiga kata ganti nama tempat, iaitu sana, sini, dan situ. 

E. KATA GANTI NAMA TUNJUK
  • Kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, tempat, manusia, atau binatang. 
  • Ada dua jenis kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. 
          (a) ini - merujuk kepada sesuatu objek yang dekat. 
          (b) itu - merujuk kepada objek yang jauh. 


                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan