Rabu, 14 November 2012

Golongan Kata: Kata Kerja

KATA KERJA

  • Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuaan yang dilakukan oleh seseorang. 
  • Kata kerja dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
          1. Kata kerja transitif
          2. Kata kerja tak transitif
          3. Kata kerja pasif

Kata Kerja Transitif

  • Kata kerja transitif yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat terhadap pihak, benda, atau orang lain isitu subjek/pembuat dan objek/penyambut dan dapat menjawab soalan apa dan siapa.
  • Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. 
  • Ayat contoh:
          1. Ayah membasuh keretanya yang kotor itu.
          2. Adik sedang membaca buku cerita di ruang tamu.

Kata Kerja Tak Transitif

  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya dan boleh berdiri sendiri.
  • Ayat contoh:
          1. Lampu jalan itu tidak menyala.
          2. Ayah berehat di bawah pokok yang rendang.

Kata Kerja Pasif

  • Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi tidak berawalan meN-, contohnya, tanami, atasi, belikan, dan sebagainya. 
  • Kata kerja pasif berawalan teR- seperti terbeli, terikat, dan terpijak. 
  • Kata kerja pasif berimbuhan ke-...-an yang bermaksud kena seperti kehujanan, ketinggalan, dan kecurian. 
* Kesalahan Umum Tatabahasa
Dalam kata kerja transitif, objek mesti diletakkan selepas kata kerja transitif dan tidak boleh disisipkan dengan perlataan yang lain. Contohnya, 
  1. Mei Mei menyusun dengan rapi novel-novel lamanya di dalam almari. (Salah)
  2. Mei Mei menyusun novel-novel lamanya dengan rapi di dalam almari. (Betul)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan