Rehat Minda! Lihat "Cerita Kanak-Kanak"

CERITA KANAK-KANAK   






Cerita Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggal seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinya peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidap dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka, ke hutanlaj si tua berseorangan awal pagi sebelum terbit sang mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya, sehinggalah kepenatan  tidak jua dia berhenti.
Tiba-tiba, genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur ke dalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Maka si tua hendak terjun mencari kapak tapi takut disambar arus. Merataplah si tua mengenang nasibnya.
Maka, bersimpatilah pari-pari di langit melihat kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia bertanya, "Wahai orang tua, kenapa engkau bersedih?"
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun ke bumi menyapakan lalu diceritakan apa yang berlaku.
"Baiklah, aku akan bantu engkau mencari kapak yang tenggelam itu!" kata si pari-pari. Dengan serta-mertanya si pari-pari terjun ke dalam sungai. Selang beberapa minit kemudian, timbulkan kembali si pari-pari sambil membawa kapak emas lalu dihulurkan kepada si tua. Dengan sebih jawab si tua, "Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini."
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak juga mengaku s tua kerana itu bukan kapak miliknya. sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pulang kapak gangsa. Tidak juga si tua menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu, girang hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tu. Sebagai balasan kejujurannya, kapak emas, kapak perak dan kapak gangsa turut dihadiankan kepada si tua tersebut.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isternya apa yang berlaku. Si isteri turut gembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokkan harinya isteri si tua itupun sihat.




Dan banyak lagi... Klik pautan di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan