Rabu, 14 November 2012

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Penjodoh Bilangan

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Penjodoh Bilangan: Sambungan : Belajar Penjodoh Bilangan. Senaraikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam cerita ini. Ah...dia memakai s epasang ka...

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Penulisan A

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Penulisan A: latihan penulisan A: Bina lima ayat berpandukan gambar di bawah. 1. Keluarga Encik Ali sedang berkelah ____________________     __...

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Penulisan A

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Penulisan A: Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah. 1. Ali dan rakan-rakannya ___________________________...

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Latihan pemahaman

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA: Latihan pemahaman: Latihan Baca teks di bawah dan jawab soalan yang diberikan. Sambutan Hari Kemerdekaan   Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu di...

Uji Minda Anda!


Klik pada Permainan Bahasa


Klik pada Permainan Memori


Klik pada Silang Kata


Awas, Demam Campak Mudah Berjangkit!

SEPANJANG hidup ini, pernahkah kamu dijangkiti demam campak yang juga dikenali sebagai cacar air?
Jika belum, lebih baik kamu mengambil langkah penjagaan awal terutama pada musim hujan ini kerana kebarangkalian mendapat jangkitan itu adalah sekali dalam seumur hidup.
Jom, kenali jangkitan itu...
Apa itu cacar air?
Demam campak atau cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella.
Cacar air mudah berjangkit daripada seorang individu ke individu lain. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Bagaimana cacar air merebak?
Cacar air boleh merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
Selain itu, jangkitan itu boleh merebak melalui sentuhan atau pernafasan apabila partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) terkena orang lain .
Apakah tanda dan gejala cacar air?
Bagi kanak-kanak, mereka akan mendapat cacar air dalam masa 10-21 hari selepas terdedah kepada individu yang menghidap cacar air.
Cacar air boleh merebak 1-2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius.
Jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius. - AMIRUL/AGENSI






© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjagaan Gigi Sempurna

TAHUKAH anda bahawa nafas berbau, pereputan gigi dan gusi yang bengkak adalah disebabkan oleh plak? Memiliki kesihatan mulut yang optimum adalah penting untuk memiliki personaliti yang meyakinkan.
Percaya atau tidak, memberus gigi adalah salah satu daripada cara termudah untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan keyakinan diri.
Dalam satu kajian oleh Nielsen untuk kempen Oral-B 'Lebih Berus, Lebih Senyum Malaysia 2012', 93 peratus responden bersetuju bahawa nafas yang segar membina keyakinan diri manakala 78 peratus berasa kurang yakin sekiranya mengalami masalah pereputan gigi. 81 peratus pula akan mengawal ketawa sekiranya memiliki gusi yang bengkak atau nafas berbau (78 peratus).
Kesihatan mulut berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan tubuh lebih daripada yang ramai orang jangkakan. Malah, doktor dan saintis terus mencari hubung kait antara penyakit mulut dengan penyakit lain.
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa bakteria di dalam mulut yang menyebabkan keradangan dan jangkitan boleh meningkatkan risiko jangkitan atau penyakit lain.
Kesihatan keseluruhan Apabila anda memiliki gigi dan gusi yang sihat, kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagaian tubuh lain. Tetapi pembedahan gigi, ubat-ubatan tertentu atau penyakit gusi yang berpunca daripada kealpaan menjaga kebersihan gigi membolehkan bakteria tersebut merebak.
Pada dasarnya, anda mampu melindungi dan meningkatkan kesihatan tubuh dengan menjaga kesihatan mulut. Beruslah gigi dua kali sehari dan gunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari.
Penjagaan gigi sempurna elak banyak masalah Kesan penjagaan gigi yang lemah termasuk pereputan dan kaviti hinggalah ke gingivitis, periodontitis dan kehilangan gigi. Penjagaan gigi yang betul termasuk membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah kebanyakan masalah tersebut.
Sekiranya anda tidak membersihkan gigi dengan baik setiap hari, anda meningkatkan risiko mendapat pereputan gigi. Tanda-tanda awal pereputan gigi termasuk lubang pada gigi, kesakitan apabila menggigit atau rasa sensitif dan sakit pada gigi.
Apabila karbohidrat dalam makanan dan minuman yang diambil tidak dibersihkan daripada gigi dengan kerap, ia menjadi pemangkin kepada bakteria penyebab kaviti. Bakteria ini mampu membentuk plak seawal 20 minit selepas makan. Jadi, sekiranya anda penggemar snek, anda mungkin mahu membersihkan gigi lebih daripada dua kali sehari.
Sebenarnya, bakteria akan sentiasa wujud di dalam mulut dan membersihkan gigi dengan kerap serta mengurangkan makanan bergula mampu menghalang pereputan gigi.
Membersihkan gigi juga menghalang bakteria penyebab kaviti daripada terus menyebabkan gingivitis atau penyakit gusi.
Rutin penjagaan gigiPastikan gigi anda bersih dan bebas kaviti dengan melakukan rutin penjagaan iaitu memberus dua kali sehari dan menggunakan flos. Berkunjunglah ke doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pembersihan gigi profesional dan memeriksa keadaan gigi sebelum menjadi lebih serius.
Doktor gigi anda mungkin akan menyarankan penggunaan berus gigi, flos dan ubat kumur tertentu bagi mendapatkan penjagaan gigi yang maksimum.




© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peribahasa

Simpulan Bahasa

  • Simpulan bahasa merupakan peribahasa yang mempunyai dua patah perkataan yang membawa makna lain daripada ertinya dan lazimnya untuk menjadi perbandingan, teladan, dan pengajaran. 
  • Contoh:
  1. Ajak-ajak ayam
  2. Anak emas
  3. Langkah kiri
  4. Mulut murai
Perumpamaan
  • Perumpamaan merupakan susunan kata-kata yang indah, ringkas, serta mempunyai maksud yang tersirat. 
  • Lazimnya perumpamaan menggunakan kata bagai, bak, laksana, umpama, dan sebagainya. 
  • Contoh:
  1. Laksana barang yang disadur
  2. Seperti ular kena palu
Bidalan
  • Bidalan merupakan peribahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. 
  • Pengertian bidalan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusai, Kata-kata bidalan disusun dengan indah berdasarkan gelagat manusia, binatang, dan benda-benda yang lain di alam ini. 
  • Contoh:
  1. Jauhari juga menganal manikam
  2. Malas bergerit, perit perit
Bandingan semacam
  • Bandingan semacam memberikan sesuatu sifat tertentu kepada sesuatu watak atau benda berdasarkan sifat yang biasa dimiliki oleh sesuatu yang dibandingkan itu. 
  • Contoh: 
  1. Tua seperti lengkuas
  2. Zalim macam Firaun

Golongan Kata: Kata Perintah

KATA PERINTAH


  • Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan, arahan, silaan, atau permintaan oleh orang pertama terhadap orang kedua supaya melakukan tindakan sebagaimana yang diingini. 
  • Contoh: tolong, harap, minta, jemput, sila, usah, dan sebagainya. 
  • Ayat contoh:
  1. Belikan ayat sebatang pen. 
  2. Ambilkan saya segelas air.
  3. Tolong berikan hadiah ini kepada kakak kamu. 
  4. Jangan takuk makan ubat, nanti lambat sembuh. 

Golongan Kata: Kata Tanya

KATA TANYA


  • Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu.
  • Contoh: apa, siapa, bagaimana, berapa, bila, kenapa, mahu, mengapa
  • Kata tanya digunakan untuk menanyakan manusia,  binatang, benda, tempat, dan bilangan. 
  • Kata tanya lazimnya hadir bersama-sama kata sendi, kata partikel -kah, dan kata sandang yang.
  • Berikut disenaraikan jenis-jenis kata tanya berserta dengan penggunaan dan ayat contoh.
  1. Apa (menanyakan nama benda, binatang, atau perkata) ---  Apakah yang kamu buat tadi?
  2. Siapa (menanyakan orang atau nama orang) --- Siapkah yang membeli makanan itu?
  3. Berapa (menanyakan bilangan, jumlah, atau harga) --- Berapakah harga baju ini?
  4. Bila (menanyakan masa) --- Bilakah awak akan berlancong ke Pulau Pinang?
  5. Mana (menanyakan tempat) --- Awak tinggal di mana?
  6. Mengapa (menanyakan sebab) --- Mengapakah awak menangis?
* Kesalahan Umum Tatabahasa
Bagi kata tanya yang terletak pada akhir ayat, partikal -kah tidak boleh disertakan. 
Contohnya:
     Kesihatan datuk kamu sekarang bagaimanakah bagaimana?

Golongan Kata: Kata Seru

KATA SERU

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai perasaan yang biasa digunakan dalam ayat seruan. Perasaan yang digambarkan boleh menjadi benci, cemas, gembira, hairan, sakit, takuk, marah dan sebagainya.
Contoh-contoh kata seru adalah seperti berikut:

  1. Amboi(hairan, terkejut)- Amboi, merahnya baju kamu hari ini!
  2. Aduhai(sedih, kecewa) - Aduhai, malangnya nasib Ah Kau tu!
  3. Cis(benci) - Cis, berani awak curi buku saya!
  4. Oh(hairan, terkejut) - Oh, Tuhanky!
  5. Aduhai(sakit) - Aduh, sakitnya kaku aku!
  6. Eh(cemas, terkejut) - Eh, rupa-rupanya awak ada di sini juga!
  7. Hai(menyapa) - Hai, lama kita tidak berjumpa!
  8. Wah(terkejut) - Wah, besarnya motosikal ini!
  9. Syabas(gembira) - Syabas, awak telah menjadi johan!
  10. Wahai(sdih, menarik perhatian) - Wahai kawan-kawanku, berjagalah dari khalayanmu!
* Kesalahan Umum Tatabahasa
Tanda koma harus diletakkan selepas kata seru dan ayat diakhiri tanda seru(!)
Contoh: Wah! Comelnya bayi yang memenangi pertandingan bayi comel itu. (salah)
                Wah, comelnya bayi yang memenangi pertandingan bayi comel itu! (betul)

Golongan Kata: Penanda Wacana

PENANDA WACANA

  • Penanda wacana ialah perkataan atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.
  • Penanda wacana yang sesuai, membantu dalam menjalin kesinambungan antara ayat.
  • Penanda wacana ditulis di permulaan ayat. 
  • Contoh-contoh penanda wacana: oelh itu, di samping itu, namum, walhal, walaupun, padahal, semenjak dan sebagainya. 

Golongan Kata: Kata Hubung

KATA HUBUNG

  • Kata hubung ialah perkataa yang digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan atau frasa dengan frasa untuk membentuk ayat majmuk. 
  • Contoh kata hubung: atau, serta, dan, tetapi, sambil, kerana, malahan, lalu, kemudian, sejak, dan sebagainya. 
  • Kata hubung terbahagi kepada tija jenis, iaitu:

1. Kata hubung gabungan
  • Jenis kata yang digunakan untuk menghubungkan perkataan, frasa dan klausa dalam ayat. 
  • Ayat contoh: Zamri tidak dapatt membuat kuih itu sedangkan saya telah mengajarnya sebelum ini.
2. Kata hubung pancangan
  • Kata yang menyambungkan klausa-klausa tidak setara [ada klausa utama atau klausa induk. 
  • Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
  1. kata hubung pancangan relatif: yang
  2. kata hubung pancangan kompleman: bahawa, untuk 
  3. kata hubung pancangan keterangan: kerana
3. Kata hubung berpasangan
  • kata hubung yang hadir berpasangan dalam suatu ayat majmuk. 
  • Contoh: bagaimana...begitulah, sama ada...ataupun, sungguhpun...tetapi
* Kesalahan Umum Tatabahasa
  1. Perkataan bila digunakan untuk bertanyakan masa.
  2. Apabila ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih. Oleh itu, kata hubung apabila tidak boleh dipendekkan menjadi bila
  • Malisa berdiri bila apabila namana dipanggil oleh Cikgu Maisarah. 

Golongan Kata: Kata Sendi Nama

KATA SENDI NAMA

  • Kata sendi nama ialah kata tugas yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama. 
  • Kata sendi nama berfungsi sebagai sendi atau penyambung antara frasa-frasa yang lain dalam ayat. 
  • Antara contoh kata sendi nama adalah sepeti berikut:
  1. daripada - digunakan utnuk menunjukkan asal kejadian atau punca.
  2. dari - digunakan untuk menunjukkan arah dan tempat yang dituju. 
  3. di - digunakan untuk menunjukkan tempat.
  4. ke - digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang dituju.
  5. pada - digunakan untuk menerangkan masa
  6. bagi/untuk - digunakan untuk menunjukkan maksud waktu yang tertentu. 
  7. tentang - digunakan untuk menunjukkan maksud berkenaan dengan hal yang dibicarakan. 
* Kesalahan Umum Tatabahasa
1. Kata adjektif yang bersifat emosi mesti diikuti dengan kata sendi nama akan dan bukan imbuhan -kan.
  • Saya sayang sayangkan akan keluarga saya.
2. Kata sendi nama demi bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa sendi nama. Oleh sebab perkataan demi sudah membawa maksud tujuan, maka penggunaan kata sendi nama demi untuk dalam ayat dianggap lewah. 
  • Perajurit itu rela berkorban demi untuk demi/untuk tanah air tercinta.

Golongan Kata: Kata Ganda

KATA GANDA 
Penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar melalui tiga cara, iaitu penggandaan seluruh atau penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.

1. Penggandaan penuh: Terbetuk dengan mengulangi keseluruhan kata dasar atau kata berimbuhan.
                                    Contoh: bunga-bunga, rama-rama

2. Penggandaan separa: Terbentuk dengan menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
                                     Contoh: dedau, jejari, rerama, tetikus

3. Penggandaan berentak: Proses penggandaan yang mengulangi kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
                                         Contoh: awam-gemawan, rempah-ratus, mandi manda

* Kesalahan Umum Tatabahasa
1. Kata nama yang didahului kata bilangan yang menunjukkan maksud jamak tidak perlu digandakan lagi.

  •     Semua murid-murid murid akan bercuti sekolah pada minggu hadapan. 


2. Jika kata adjektif telah digandakan, maka kata nama tidak perlu digandakan lagi untuk menunjukkan maksud jamak dan begitulah sebaliknya.

  • Pesilat-pesilat Pesilat yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu handal-handal belaka.
  • Pesilat-pesilat yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu handal-handal handal belaka.

Golongan Kata: Kata Adjektif

KATA ADJEKTIF
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:

  1. sifat/keadaan: baik, sihat
  2. warna: kuning, merah
  3. ukuran: kerdil, luas, sempit
  4. bentuk: bujur, leper, lonjong
  5. pancaidera: manis(rasa), cantik(pandang), wang(bau), lembut(sentuh), lunak(dengar)
  6. waktu: lama, awal, akhir
  7. cara: deras, gopoh, jarang
  8. perasaan: rindu, sayang
  9. jarak: dekat, jauh
  • Kata adjektif boleh disertakan oleh kata keterangan yang terdiri daripada kata bantu atau kata penguat seperti kata amat, paling, sangat, sungguh, sekali, dan sebagainya. 
  • Contohnya seperti: masih ingat, sungguh enak. 
* Kesalahan Umum Tatabahasa
Binaan ter- + kata adjektif tidak boleh diikuti perkataan sekali. Begitu juga binaan paling + kata adjektif tidak boleh diikuti perkataan sekali sebab binaan ter-, paling, dan sekali membawa maksud penghabisan. 
Contoh: 
  1. Chalet Seri Lembayung itu paling cantik sekali di Tasik Kenyir. (salah)
  2. Chalet Seri Lembayung itu paling cantilk di Tasik Kenyir. (betul)

Golongan Kata: Kata Kerja

KATA KERJA

  • Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuaan yang dilakukan oleh seseorang. 
  • Kata kerja dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
          1. Kata kerja transitif
          2. Kata kerja tak transitif
          3. Kata kerja pasif

Kata Kerja Transitif

  • Kata kerja transitif yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat terhadap pihak, benda, atau orang lain isitu subjek/pembuat dan objek/penyambut dan dapat menjawab soalan apa dan siapa.
  • Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. 
  • Ayat contoh:
          1. Ayah membasuh keretanya yang kotor itu.
          2. Adik sedang membaca buku cerita di ruang tamu.

Kata Kerja Tak Transitif

  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya dan boleh berdiri sendiri.
  • Ayat contoh:
          1. Lampu jalan itu tidak menyala.
          2. Ayah berehat di bawah pokok yang rendang.

Kata Kerja Pasif

  • Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi tidak berawalan meN-, contohnya, tanami, atasi, belikan, dan sebagainya. 
  • Kata kerja pasif berawalan teR- seperti terbeli, terikat, dan terpijak. 
  • Kata kerja pasif berimbuhan ke-...-an yang bermaksud kena seperti kehujanan, ketinggalan, dan kecurian. 
* Kesalahan Umum Tatabahasa
Dalam kata kerja transitif, objek mesti diletakkan selepas kata kerja transitif dan tidak boleh disisipkan dengan perlataan yang lain. Contohnya, 
  1. Mei Mei menyusun dengan rapi novel-novel lamanya di dalam almari. (Salah)
  2. Mei Mei menyusun novel-novel lamanya dengan rapi di dalam almari. (Betul)

Golongan Kata: Kata Ganti Nama

A. KATA GANTI NAMA DIRI
  • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. 
  • Kata ganti nama diri boleh dikelompokkan dalam dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamal. 
  • Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
          a) Kata Ganti Diri Pertama - aku, saya, patik, hamba
          b) Kata Ganti Diri Kedua - awak, engkau, tuan hamba, kamu, saudara, tuan
          c) Kata Ganti Diri Ketiga: ia, dia, beliau, baginda, mereka

* Kesalahan Umum Tatabahasa

          1. Kata ganti nama diri beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati.
              Contoh: Beliau akan mengait buah rambutan di kebunya pada petang ini. (salah -
                              sepatutnya 'dia')
                           Beliau akan menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat keputusan
                           yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
           2. Semua kata ganti nama diri tidak boleh digandakan.
               Contoh: Mereka-mereka akan mengikuti perkhemahan kali ini. (salah- sepatutnya
                                mereka)
                               Mereka akan mengikuti perkhemahan kali ini.



B. KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

  • Terhasil daripada singkatan bentuk penuh, iaitu aku(ku), kamu(mu), engkau(kau), ia/dia(nya)
  • Ditulis serangkai dengan kata lain yang mendampinginya.  
          (a) Adakah buku itu kaupinjam semalam?
          (b) Yang manakah kakakmu?


C. KATA GANTI NAMA TANYA

  • Kata ganti nama tanya digunakan untuk membina ayat tanya. 
  • Ada tujuh kata ganti nama tanya, contoh: apa, mana, siapa, bila, berapa, mengapa, dan bagaimana. 

D. KATA GANTI NAMA TEMPAT
  • Digunakan untuk menggantikan anma tempat atau kedudukan sesuatu tempat atau arah. 
  • Ada tiga kata ganti nama tempat, iaitu sana, sini, dan situ. 

E. KATA GANTI NAMA TUNJUK
  • Kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, tempat, manusia, atau binatang. 
  • Ada dua jenis kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. 
          (a) ini - merujuk kepada sesuatu objek yang dekat. 
          (b) itu - merujuk kepada objek yang jauh. 


                           

Golongan Kata: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Perkataan yang menamakan orang, tempat, benda, atau konsep dikenali sebagai kata nama.
Kata nama dapat dikelompokkan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Kata nama am
(b) Kata nama khas

KATA NAMA AM

  • Kata nama am ialah perkataan yang menunjukkan orang, benda, tempat, binatang, perkara atau konsep secara umum sifatnya. 
  • Contoh:
          a. Orang: guru, polis, doktor
          b. Haiwan: : ikan, singa, harimau
          c. Benda: buku, komputer, telefon bimbit
          d. Tempat: pulau, gerai, kedai

  • Huruf pertama pada setiap kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat. 

KATA NAMA KHAS
  • Kata nama khas ialah perkataan yang kerujuk kepada nama orang, haiwan, benda, tempat, bahasa, pangkat dan seumpamanya secara khusus. 
  • Contoh: 
          a. Orang: Cik Fatimah, Doktor Lee
          b. Haiwan: Raja Rimba, Si Tompok, Sang Kancil
          c. Benda: Kamus Dewan. Tatabahasa Dewan
          d. Tempat: Putrajaya, Malaysia, Tasik Kenyir
  • Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar. 

Tips-tips Menjawab Bahagian C Bahagian Penulisan

FORMAT PENULISAN BAHAGIAN C


1.JENIS INSTRUMENT   -  Ujian Subjektif
2.JENIS ITEM                -  Subjektif / Respon Terhad
3.BILANGAN SOALAN   -  1 soalan wajib dijawab
4.JUMLAH MARKAH   -  20 markah
5.TEMPOH                       -  20 minit
6.KONSTRUK YANG DITAKSIR   -  Kefahaman dan kemahiran mengulas (Berdasarkan petikan yang diberikan)


TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN BAHAGIAN C
1. Baca dan akur dengan araha soalan.
2. Membaca dan memahami petikan secara luncuran atau imbasan.
3. Gariskan ayat-ayat yang mengandungi nilai murni. 
4. Catatkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan ayat yang telah digariskan.
5. Menulis ulasan dengan menyatakan 4 nilai murni berserta huraiannya. 
6. Ulasan ditulis dalam satu perenggan.
7. Panjang jawapan tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Jangan terlalu panjang dan sebaik-baiknya 40-60 patah perkataan sahaja. 
8. Huraian bagi setiap nilai murni hendaklah diolah berdasarkan teks dan bukan disalin semula.
9. Elakkan menulis "tidak" dan "jangan" untuk nilai murni. Contohnya:
- ...jangan boros berbelanja sepatutnya berjimat-cermat
10. Nilai negatif dalam petikan teks hendaklah ditukar kepada nilai positif/nilai murni.

CONTOH SOALAN
1. Tulis beberapa nilai yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan .
         Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

2. Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawpaan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patan perkataan. 
   Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.




CONTOH NILAI MURNI

CARA MENULIS 

GUNAKAN FORMULA LIMA LAJUR KETIKA MENGULAS



Latihan Kendiri
Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawpaan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patan perkataan. 
   Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Shahrul merupakan murid tahun enam. Dia anak orang kaya Kampung Cermai. Shahrul sangat rajin dalam pelajarannyaOleh sebab itu, prestasi pelajarannya sentiasa meningkat. Walaupun dia merupakan murid yang pandai, namun murid-murid lain tidak suka berkawan dengannya. Hal ini demikian kerana Shahrul bersikap sombong dengan kekayaan yang dimiliki oleh ibu bapanya. Bukan itu sahaja, malah dia sering menghina orang lain. Pada suatu petang Rabu, Shahrul  datang ke sekolah dengan menunggang basikal baru untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Dia menunggang basikal dengan perasaan megah. Tiba-tiba dia terlanggar seketul batu lalu basikalnya terbalik. Shahrul tercampak ke dalam parit. Akibat daripada kemalangan itu kakinya patah. Murid-murid lain segera membantu mengangkat Shahrul dan memaklumkan kejadian itu kepada Cikgu Bakar. Cikgu Bakar segera membawanya ke hospital.Sebelum ke hospital, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah membantunya








~ Selamat Mencuba! ~














Tips-tips Menjawab Bahagian B Bahagian Penulisan

FORMAT PENULISAN BAHAGIAN B


1.JENIS INSTRUMENT   -  Ujian Subjektif
2.JENIS ITEM                -  Subjektif / Respon Terbuka
3.BILANGAN SOALAN   -  3 soalan- pilih 1 sahaja
4.JUMLAH MARKAH   -  30 markah
5.TEMPOH                       -  40 minit
6.KONSTRUK YANG DITAKSIR   -  Kemahiran menulis karangan berformat khusus/
                                              berformat  biasa.  


TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN BAHAGIAN B

1. Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi. 
2. Pilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan sesuatu tajuk dengan tepat dan padat. 
3. Gariskan kata kunci / kehendak soalan yang dipilih. 
4. Tentukan format umum atau khusus.
5. Catatkan idea-idea penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan. 
6. Sediakan rangka karangan agar ideanya tidak berulang. 
7. Mula mengarang mengikut format yang betul. 
8. Menyemak semula karangan. 


CONTOH SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu telah mengikuti perkhemahan pengakap 
     di sekolah kamu. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan
     pengalaman itu. 
          atau
2. Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Berkelah".
          atau
3. Mulakan cerita kamu dengan perenggan di bawah ini. 
     Badanku semakin lemah. Aku sudah tidak berdaya lagi. Kepalaku berpinar-
     pinar. Tiba-tiba...



KARANGAN BERFORMAT KHUSUS

Berita
Catatan
Laporan
Ucapan
Ceramah
Syarahan
Perbahasan
Dialog / Temu Ramah
Surat Kiriman Rasmi
Surat Tak Rasmi


KARANGAN BERFORMAT UMUM
Fakta
Cerita
Situasi
Biografi
Gambaran
Rangsangan
Peribahasa
Autobiografi
Perbincangan
Penerangan


CIRI-CIRI PENULISAN YANG BAIK 
1.    Berperenggan.  (6 perenggan)
2.    Selang setiap perenggan.
3.    Menepati format.
4.    Kepelbagaian penanda wacana.
5.    Kepelbagaian imbuhan.
6.    Tanda baca yang betul dan sesuai.
7.    Ejaan yang betul.
8.    Tulisan yang kemas dan jelas.
9.    Kosa kata yang sesuai dan menarik.
10.  Ayat gramatis.

PERKARA PENTING KETIKA MENGARANG
1. Idea/isi - Berapa?
2. Menepati tugasan - Sesuai/tidak?
3. Panjang karangan - Jangan kurang daripada 60 patah perkatan.
4. Mematuhi format.
5. Perenggan - Perlu ada dan berapa?
6. Laras bahasa yang bersesuaian.


BAGAIMANA HENDAK MENCARI ISI?
1. APA- Perkara atay peristiwa yang berlaku
2. BILA - Masa dan tempoh masa peristiwa
3. SIAPA - Siapa terlibat/nama/jumlah
4. DI MANA - Tempat peristiwa berlaku
5. MENGAPA - Sebab berlaku
6. BAGAIMANA - Perjalanan aktiviti/urutan cerita



FORMAT/RUMUS PENGEMBANG ISI

A) Ayat Topik - Tajuk / Idea utama
B) Ayat Huraian - Apa, Siapa, Bila, Di mana, Mengapa, dan Bagaimana
c) Ayat Contoh(sekiranya perlu) - Contoh yang berkaitan dengan idea dan isi

CONTOH:
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Guru kelas kamu telah meminta kamu menulis laporan tentang majlis tersebut. 
Tulis laporan kamu selengkapnya. 

1. Kenal pasti kunci soalan
     - Apa kehendak soalan - berformat atau tidak
     - Apa yang perlu ditulis
2. Kenal pasti idea / isi
     - Ayat utama - Hari Anugerah Kecemerlangan
     - Ayat huraian - Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SJK(C) Chih Mong.
                          - Bila? 9 November 2012 / 8.00 pagi - 10.00 pagi
3. Siapa - 55 orang murid-murid Tahun 1-6 yang terlibat
    Di mana - Dewan sekolah
    Mengapa - Meraikan murid-murid yang berjaya dalam pelajaran/aktiviti ko-kurikulum
    Bagaimana - Atur cara majlis/Harapan?penutup
                       (sebelum  - semasa  - selepas)
4. Kenal pasti format - Laporan
5. Perenggan - Pendahuluan/Isi/Penutup



Latihan Bahagian B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 


1. Kamu telah mengikuti Program Perkhemahan Pasukan Beruniform yang dianjurkan oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.
2. Sekolah kamu telah mengadakan program Hari Kantin baru-baru ini. Kamu ingin berkongsi pengalaman menyertai program tersebut dengan sepupu kamu. 
         Tulis surat kamu itu selengkapnya.
 3. Sekolah kamu telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya di peringkat sekolah. Tulis berita tentang kempen tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.



~  Selamat Mencuba!  ~




Selasa, 13 November 2012

Tips-tips Menjawab Bahagian A Bahagian Penulisan


FORMAT PENULISAN BAHAGIAN A

1.JENIS INSTRUMENT   -  Ujian Subjektif
2.JENIS ITEM                   -  Subjektif / Respon Terhad
3.BILANGAN SOALAN   -  1 soalan wajib dijawab
4.JUMLAH MARKAH      -  10 markah
5.TEMPOH                        -  15 minit
6.KONSTRUK YANG DITAKSIR   -  Memahami dan memindahkan maklumat          
                                                               (Diberi bahan rangsangan)

Contoh Soalan:

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN
lTeliti gambar/carta/graf yang diberi.
lTentukan tema / tajuk / persoalan yang diketengahkan.
lBaca dan fahami kehendak soalan / arahan.
lGariskan kata kunci soalan
lSenaraikan lima kosa kata yang sesuai (aktiviti / situasi / gambar)
lGunakan kata tanya yang sesuai bagi menjawab persoalan.
lElakkan memulakan ayat ;
      * Gambar di atas menunjukkan……………..
      * Situasi di dalam gambar menunjukkan……
      * Pada hari minggu yang lalu …..
lBina 5 ayat yang lengkap / gramatis.
    Ayat yang lengkap ialah

layat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat  ATAU

layat yang mengandungi satu subjek dan dua predikat ATAU

layat yang mengandungi dua subjek dan satu predikat  ATAU
layat yang mengandungi dua subjek dan dua predikat atau lebih.

CARA MENULIS AYAT
(siapa)---(kata kerja)---(apa)---(mana/tujuan/objek/perkara)



SIAPA  - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR.
              - Aminah, Seorang budak lelaki, Ali…………………………..

KATA KERJA – AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN.
                           - Menyapu, mengecat, mengikis………………………

APA – OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA SAHAJA YANG     
             BERKAITAN DENGAN GAMBAR.
           - penyapu, berus cat, pisau, …………………………….

MANA – TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR.
                - di kawasan sekolah, di Taman Sains ……………….

TUJUAN – SEBAB DAN UNTUK APA.
                 - untuk menceriakan kawasan sekolah, ……………..

OBJEK – BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG.
                - sebatang penyapu, sebatang berus cat,……………

PERKARA – PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN.
                     - dengan riang gembira, membersihkan kawasan……

APA YANG PERLU DITULIS
Ingat: 1. Siapa / Kata Kerja
          2. Apa
          3. Mana / Tujuan / Objek / Perkara

TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT MAJMUK.
AYAT YANG DIBINA PERLU MENGANDUNGI KATA HUBUNG/ KATA SENDI/ KATA 
BANTU YANG SESUAI.
dan, lalu, manakala, sambil, supaya, dengan, hingga…………..


Somoga apa yang dikongsikan kepada para pelajar dapat membantu menjawab Bahagian A dengan baik bagi memperoleh markah yang cemerlang.
Daripada Cikgu Chin.


Sekarang, sila cuba latihan di bawah ini.

Latihan Bahagian A
1.       Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.



2.       Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang ditunjukkan di dalam gambar.




~   Selamat Mencuba!   ~